Follower Cik Naga

Wednesday 1 August 2012

Entry Simple - Pelangi Senja

Assalamualaikum. aku layan lagu ni tiap hari. wassalam. (kan dah kata simple)


Pelangi Senja-Stacy

Ku bermimpi engkau kembali
Wajah tenang kau berkata
Sayang aku cinta

Namun kita takkan bersama
Dikau pergi takkan kembali
Sesal ku kecewa

Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhhh

Ku terjaga
Dari mimpi lena
Sedang pipi di basahi
Tangis ku sendiri

Merintih perasaan ini
Tiada kata mampu di ungkap
Tiada yang mengerti

Wahai sang pelangi indah
Muncul seketika
Sayang tak ku lihat
Kini tiada ohhh

Jika mampu ku kembali
Mengunlangi masa
Pasti ku tunaikan permintaan terakhir

Kini hanya tinggal kenangan
Hanya waktu menentukan
Kita kan bersama




Friday 20 July 2012

Praktikal : Langkawi?

Semester break has just started. so, officially, i have completed all of the studies(insyaAllah, kalau result sem 6semua lulus). cuma tinggal next sem, utk practical. Aku ada 3 resume yang dah hantar. Hotel Seri Malaysia Bertam, MISC intergrated Bagan dan Hotel Bayview Langkawi. Till now, yang dah reply n accept, Hotel Bayview.

Meanwhile, MISC  have called me before, (they are in 50-50 decision to take me or not, because they dont know where to put Maths student)..aigoo.bukan awak tak tahu letak kat mana, actually, awak tak tahu apa itu management maths....grrrrrrrrrr!

"Sir, we are not  solely learn MATHS . we learn to manage Maths, which- anything related to the numbers in an organisation as well as business. I took  Financial Accounting & Reporting  and   Financial Management,  (Finance Department),  Inventory, Operations Research, Management, Principles and  Time Series Analysis and Forecasting ( HR/ Operation Department), Practice of Marketing, Risk and Insurance, Simulation, Islamic Business Transaction, Introduction to International Business (Marketing Department). I told him to look into the course that i took along the semesters. and finally, he decided to put me in the Warehouse Department. ok la tu. ada inventory. boleh buat Simulation Inventory. gulp!


Dan HR HSM pulak, dah 3ratus kali call , HR officer memanjang outstation.


SO! keputusan aku sekarang, berat ke arah Bayview!

HOHO... mesti banyak entry pasnie!!!!
This is NOT me. ahaha

Den kobau ke orang kampung den mandi kolam harie harie!


Lobby maybe~ aha! semangat!!!


I have been there before in 2002 and 2010 (for vacation purpose), 

Gambar lama tahun 2010. langkawi dengan mama. kuruskan?
tangan dihighlight  putih kerana baju tiga suku. masa jahil lagi;P




PLEASE WELCOME ME AGAIN IN 2012, LANGKAWI!










Monday 9 July 2012

Dinding dan Bijik Cabai!

Assalamualaikum.

Premise 1 : Perempuan kena tahu memasak
Premise 2 :Cik Naga seorang perempuan
Conclusion : Cik Naga kena tahu masak

penah blajar ini? Maths form 3 pun ada kut. mathematical reasoning.. pot pett..pott pett.. aku tak ingat chapter ape. 

 dah almost 2 minggu, aku memasak kat umah. its not because i am a girl, so i shud know to cook, spt Real analysis conclusion kat atas.Ia juga bukan sbb cik naga tak penah masak, as what girls always do in their fb, post kat FB sbb dah tau masak. Case Study 1 : 



dan, saya masak bukan nak tunjuk saya pandai masak dan berharap agar ada yang masuk meminang sbb  cik naga pandai makan... ehh... masak!

EXTREMELY 
NO!

saya memasak adalah kerana sem ni, expenses untuk bulan terakhir dah mencecah RM1000.
 what?! ye, ye 1K.  

FAKE :smua gara2 assignment yang print tebal2, report FYP yang 569 print(tipu), takda shopping2 baju bagai=.=
TRUTH : sem ni paling banyak makan meknonel, jangan salahkan aku, sbb kat perlis takdak meknonel, so aku selalu naik aloqstaq. .apa tu meknonel? knapa sampai ke aloqstaq?



dah dah. melalut lagi. sebut pasai masak, sminggu ni aku asyik masak sambal. kenapa sambal?
sbb sambal bagi aku tahan lama, boleh panaskan. atleast 3 hari aku makan.
 so, bajet aku setiap hari RM1, dua kali makan, lunch n dinner. 
beli  nasi penuh satu polistrin, sampai nak termuntah polistrin tu aku sumbat nasik putih.
setakat ni, yang paling murah, nasik dalan UiTM la. 

so, stiap hari masak sambal... alkisahnya, 
(belum kisah lagi rupanya dari tadi, intro nalla rekek punya panjang),
harini aku masak sambal (as usual), 
TAPI TAPI TAPI , aku tukar, instead of guna cabai yang dah siap,   Aku blend sendiri. 
selalunya beli dah siap, sbb malas nak blend. wakaka. malas . malas. 
padahai, bawang n halia pun aku kena blend jugak. phew...!

alkisahnya... alkisahnyaa... aku tak potong cabai kering tu... aku buang kepala je. 
so, bila rebus, bijik2 nya tak keluar la... aku main rebus je cabai tu. 
bukan tak penah buat cabai blend, tapi tahla. tadi tu ralit apa tak tau, aku bantai rebus n trus blend...
masa tengah blend tu, semacam je bunyiknye. 
macam perang baling batu.aku abaikan je la..
aku pun teruskan dgn gigihnya masak dan melupakan kejadian bunyi pelik tu.. 


hasilnya????????????
bila aku makan nasik tadi, aku dah macam....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



ptuuuufff!! ptuuuff!! 
tembak dinding dengan bijik cabai tu.

kbai!
**malu!

Friday 6 July 2012

BigFields dan Besties


Assalamualaikum.... 

Gap paper 10hari buat aku yang bertahi lalat di telapak kaki ini tak senang duduk.. 
so, hari tanggal(mangai!) 6 Dec, my hunnys ajak pegi Big Field (nama saintifik).
Nama Fiziknya, Padang Besar (je pun.) 
bukan sebarang padang tau, nama Medan tengah2 tu sbnarnya GAPURA SQUARE hokaiiii nyah!  osemkan, osemkan? please;{
actually, stiap kali kami nak balik kg memasing kami akan ke BigField nie, sbb kaum kerabat Najwa akan tempah segala periuk n pes tomyam. 
Najwa je, yang lain tak. kami ni terbeliak tgk bebaju.

padahal, setiap kedai tu, jual mende n baju yang sama je. dari arau. it took 30-45 min utk sampai. melalui ladang tebu yang panas dan seluas mata memandang serta abang UPP (Unit Pencegah Penyeludupan) yang tampan dan kelihatan bosan.  yelah, tengah ladang tu ada hiburan apa je?(emo**)
takcaya? nah bukti!


ni gambar lama. nak tunjuk betapa luasssssss namati ladang ni. dan hanya kehijauan serta possibility utk ada binatang.... errr. ok ok.. seeetttooopp!

Dah, dah, back to our topic.  aku, najwa, yati, atiq. power puff girl btolak lepas zohor.. ktorang sampai tengah terik2.... 
actually, aku ada satu wish, where aku nak bgambar kat pkataan selamat datang ni. masa awal2 duduk kolej lagi. since 2010. at last, aku berjaya, pada 2012!!

mission accomplished




haha!!


so, mission diteruskan dengan mencari raga, periuk belanga and tomyam najwa.. siap semua pencarian, kami pulang dengan girangnya. aku tak beli pun apa, aku cuma beli sabun beras. ayat memang mintak tipaih kpala. 
1st time aku pegi padang besar ni, masa 2010. punyala jakun nak habaq, aku beli baju sampai habis duit. sampai last syiling. Aku ulang. last syiling. Bayar pakai duit syiling. pinjam 20sen kat Ika( roomate kolej) sbb tak cukup. ish ishh.. perempuanggg!!!!!!!

yati ngan atiq girang yang amattt....  mcm baru lepas rompak bank kat Gapura Square tu..
padahal bawak bakul n dalam tu ada periuk je.

p/s: road tax dah mati, tapi nak g padang besar baru tampal. haih! 
ni lah najwa , stokis periuk blanga n pes tomyam area pahang... nak oder, PM dia. cari ah kat FB



otw tu, kami singgah kat pondok dekat ladang tebu. Subhanallah punya cantikkkkkkkkkkkk .. dengan angin tiuppp...fuh~. tak tau nak cakap. seluas mata memandangggggggg!
 taknk sembang banyak, usha gambar. sila nosebleed!




jalan dari Padang Besar - Kodiang



Dari atas pondok.. luas kannn! aku selalu imagine, aku n kawan2 naik helikopter, dan aku terjun dari situ. pastu, cari jalan keluar. wakakakak!






ok ok..... stoppp imagine~





pondok bukan sebarang pondok..


there you go, my baby boooooo~

Najwa left, Yati |right

Four of us<3
Atiq n Yati lagi

Me, Yati lagi dan Atiq
Atiq, me and yati again?
At-tanggasy is BACK!!! **nama nasyid kami malam dinner: Attanggasy.



najwa said.

sorry najwa.. awak banyak jadi fotog haritu;) sayang awok samo dengan semuaa. dont worry..




"Ya Allah, Berkati mereka, panjangkan umur mereka, kurniakan kesihatan yang baik, dan berjaya till jannah..kerna mereka amat baik padaku, selama aku di sini..."

Love you Girlfriends<3

Wednesday 4 July 2012

Amalan di Malam Nisfu Syaaban


Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:
Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.
Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)
Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)
Membaca: (beberapa kali – pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)
Membaca Al-Quran.
Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.
Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)
Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)
Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.
Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahyang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Monday 2 July 2012

Salam Imtihan! Mood Exam=.=

Assalamualaikum! lama tak tulis. nak sangat tulis. banyak idea, tapi tula, kamera takdak.... 
tak suka la tulis ayat penuh satu page.. boseyyyyy.
biasala, budak maths alergik tgk tulisan banyak2. satgi meroyan.

oh sebut pasal meroyan dan tulisan banyak2,
utk pgtahuan korang, tya dalam mood exam. dari 28 Jun-12July.
(time entry ni di publish, tya dah lpas 2 payyyperrr... ada lagi 2 payypeerrrr)

sem ni semua subjek membaca
S.E.M.U.A!

dah la tya alergik ngan huruf banyak2...
takpela. nak buat camna. folo sajoooo. 
tipsnya, banyakkan baca Al-Quran, insyaAllah tajam ingatan;)

so, here's the schedule!



credit to Hanan, my classmate. she made this. maknye lecturer. untunglaaaaa~


so, apa lagi bikin. esok den ada payyyperrrrrr.. study yuk!

meja study saya yang mcam poket doreamon.

Wednesday 29 February 2012

Raya Haji dan Kelantan lI



Assalamualaikum. 

Entry kalini ialah sambungan dari entry sebelum ni. refer sini yaa! 
hari tu, kita setop kat ketibaan aku di kampung belah mama. so the next day adalah raya haji lah.



Lepas sembahyang raya, aku bawak nenek aku dan bala tentera yang lain utk pegi tempat sembelihan. dekat je tapi. gatai nak nek reta jugak.
Orang kampung dah mula berkumpul. ramai gila.
 yang ni perempuan. 
yang kat dalam rumah lagi. kaum lelaki lagi.
merrierr la nak habaq!

Ustaz ni duduk sebelah rumah nenek aku. HENSE....Ops.. hahahha

(IKLAN : sos cili tumpah melannndew!)






Dua ekor lembu yang dikorbankan. Alhamdulillah.



Pakcik ni panggil aku "Izoh" (Izzah Anuar). LOL.



Sensored sbb buat mulut mintak kaki.





HADIAH SPECIAL UTK KORANG. 
SPECIAL SHOT DARI AKU
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
tadaaaaaaaaa!!!
kasi enlarge! haha~

 nah baldi! kekekke





Ni  nenek aku.amacam? haa, skali pose, hamekau. manjee~


aku blaja posing2 ni dari beliyau la 
LOL bertubi-tubi!
Siblings.

Adik no 3 . cant u see, his "ewwwrrrrrrrr" face? 


sepanjang penyembelihan , aku dapat tgk muka adik aku yang ni, 
semacam ngeri.


entohla napo. tapi dia ni manjo banyak sikit. 




yang ni aku dapat masa dia lembu duk menggelupoq. hahaha
sorry na fiduss




at last, dia mengalah. dan.......akhirnya dia punn
-
-
-
-



lari masuk kreta. wakakakkakakakaka!(muka stress)


next day, kami p rumah nenek sedara. dekat2 rumah tu jugak. 
syoknya rumah sedara mara dekaaattt!

nenek sedara ni aku panggil 'rumah ikan' masa kecik2 sbb dia ada bela ikan banyakkkk gila. tapi sekarang dah takda.
just ada kebun buah blakang rumah.

eksaitedddd aku p kutip buah2 kat umah dia.
next entry la eyh!

papai. i heart u!
wassalam!


Monday 27 February 2012

Raya Haji dan Kelantan l

Assalamualaikum.

Tetibon ja entry pasai Raya Haji.
Raya haji pebendanya? Orang duk sambut Thaipusam ngan Pesta Kuih Bulan.
Actually, aku kelebek hardisk aku. Jumpala gambar raya. 
So, entry kalini nak share ttg raya haji di kelantan.

Why kelantan? Heh!

Memang aku orang Penang, tapi disebabkan parents aku dua2 orang kelantan, 
so kampung aku officially di kelantanlah. 
Penang ni rumah aku.
Sbb mama ngan abah reja kat sini. Aku plak lahirnya di Selangor.
Ok. Ok. Fulsetop. Satgi abeh cite pasai biodata aku.
Siap satu biografi . Tajuk kelaut.

Seperti yang kita selalu dengar, raya haji kat kelantan ni lebih merrier(meriah) la dari negeri lain.
Berdasarkan pengalaman aku? YES.YES.
Sangat meriah compare dengan negeri yang aku stay ni. Takpe2. Korang tengok je gambar raya ni nanti, korang tahu la. Layann~

**ada banyak gambar, so entry ni untuk first batch dulu. next. 
"Raya Haji dan Kelantan ll" tunggu bila free.yop?!


journey to the pantai timuq! haha




kami balik 2 bijik kereta. ayah bawak satu, aku bawak satu.

actually, even dah beratus kali , tiap tahun aku lalu sini, nila kali ptama aku amek gambar kat sini. 
Adik no 2.



































Macam kat Cameron kan. hehew






on the way ke sana, kat Tanah Merah, aku terlaju banyak dari ayah aku.
Dan kami bertiga (abang, adik no 2) melalui jalan kampung yang aku sendiri tak tahu betul ke jalan tu lead ke Pasir Mas ke tak. 
sigh!
pot pet pot pet! jangan beletiaq, stereng kat aku!




















Setelah merentas hutan bukit bakau lebih 300 KM, alhamdulillah kami selamat tiba. 
firstly, kami akan singgah Pasir Mas dulu. 
Rumah nenek belah ayah.


untungla tak bawak kereta boleh ber-K-POP lagi
Mana aku?
aku tergolek kepenatan.

 dah rehat puas2, kami bergerak ke rumah belah mama.
ni lah kampung favourite aku, adik2 dan ayah.
sbb dia mmg kampung. (ayat memang mintak tipaih* pala)
rumah nenek yang lain takde kayu. tak kampung sangat.
boleh tara tu?

**ehem, tipaih pala tu macam sekeh kepala tapi guna tapak tangan dalam posisi melibas. wargh!


rumah ni sebelah2.
mama buat rumah ni.

nak gtau, rumah tu, aku yang design. masa tu aku form 5.
cantik tak?
**facepalm

rumah kayu yang sebelah ni, kalau pagi n tengahari macam oven!!!!
tapi, yangnila aku sayammmm pun. 







ok, enuff! 
kalau rajin, aku buat next entry ttg kemeriahan raya kat sini. bengang?
rilex ar, sedangkan Twilight ber-siri2 pun korang tunggu, siap kena bayar.(macam aku je)
ni free bhai.fehreeeee!

papai. i heart u!
 Wassalam.